Monday, November 15, 2010

Dimanakah tanda cinta lelaki terhdap wanita yang dicintai??

salam untuk semua....

baru balik dari membeli hadiah untuk my uncle yang dah selamat bernikah pada minggu lepas...aeceli...sebenarnya tak tahu nak beli hadiah apa untuk bapak sedaraku ini..since dia bekerja di Dubai, so pinggan mangkuk adalah amat tidak sesuai untuk dihangkut semua ke sana..sangatlah menyusahkan dan akhirnya akan ditinggalkan di Malaysia juga..tup..tup orang lain yang guna tak pun duk letak dalam stor jer la..so saya mencari hadiah yang sangat praktikal untuk dibawa ke sana dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.itu lebih bagus dan at least dia akan ingat anak sedara dia ni..Pakcik saya ini tak adalah tua mana, selang 4 tahun dengan saya, so saya tak panggil dia pakcik...hahahaha saya hanya panggil dia abang mamat walapun dia adalah pangkat bapa saudara. mudakan kan kan?dalam pencarian mencari hadiah akhirnya saya membuat keputusan untuk mmbelikan buku...mudah dibawa dan sangat praktikal.tidak memberatkan luggage dan boleh dibawa untuk dibaca diatas kapal terbang juga bole dibuat rujukan kalau ada masalah dalam rumah tangga..ecehhhh..macam ada experience je nak bagi pendapat.ceehhh..akhirnya saya menuju ke Gramedia di Mines shopping complex.ngeh..ngeh..ngeh..itulah tempat yang paling dekat untuk mencari hadiah...tak kuasa i nak pi jauh-jauh na..belek punya belek, cari punya cari akhirnya saya decide untuk ambil 3 buku ini iaitu :

mengendalikan hubungan suami dan isteri..ecehhhhh


fahamilah perasaanku 30 luahan perasaan suami



pikatlah hatiku 30 bisikan hati isteri

see..see..see....kira ok la kan pilihan saya..memandangkan mereka baru berkahwin saya rasa inilah buku yang sesuai untuk mereka yang baru nak mulakan alam rumah tangga.saya bukan dr.love atau pakar untuk menyelesaikan masalah rumah tangga tapi disebabkan saya sangat suka dengan buku, so saya hadiahkan hobi saya ini kepada orang yang saya sayangi...owhh cerita pasal hobi saya yang sangat suka dengan buku, nanti saya cerita pasal satu book fair yang menjual buku-buku dengan harga yang orang boleh nak pengsan dan tak boleh tidur lena..menangis makkkk nyahhh kalau tak dapat pergi. tak kira la tak ada orang nak temankan pun saya sanggup redah orang yang ramai.tapi nasib baik ada kakak kesayangan saya yang temankan...macciiihhhhhh.

buku-buku kat atas tu saya tak beli lagi untuk diri sendiri sebab saya rasa saya masih belum cukup umur lagi nak membaca buku tu...eceeehhhhhhh...(kat luar gatai nak kawin tapi masih lagi cakap belum cukup umur)tendang punggung masuk longkang kang...

sebenarnya saya dah baca sedikit tentang kandungan dalam buku itu.sebab itu saya rasa sesuai dengan orang yang baru nak memulakan alam rumah tangga ..aeceli...i malu nak cerita pasal dalam buku tu almaklumlah cerita-cerita rumah tangga memanglah i malu nak cerita...i orang bujang tak sesuaiii nak cerita pasal-pasal ni semua.wuwuwu.....but..there is one paragraph yang menyebabkan saya terfikir dan terus bertanya pada diri dan ziera yang menemani saya untuk membeli buku ini.

"Dimanakah tanda yang boleh dilihat bahawa lelaki mencintai seorang wanita?"

paragraph yang menyebabkan saya tertanya itu adalah berkaitan dengan sex and love.dalam buku itu mengatakan lelaki boleh melakukan seks dengan wanita yang dicintai dan tidak dicintai..so dua-dua boleh. while women will do the sex with the men their love.OMG... kalau macam tu no wonder la ada perempuan sanggup melakukan apa sahaja untu lelaki yang dicintai...tapi sayang kepada yang tidak sah pun dia boleh serahkan juga.sayang sekali..setia yang bukan pada tempatnya, kasih pada yang salah, cinta berpaling tadah.(aini dah mula mengarut).

persoalan ini disambung sampai ke rumah dtanya kepada housemate2 tersayang..well, jawapan dan pendapat yang berbeza-beza..tapi setakat ini yang paling konkrit adalah disaat lelaki melamar wanita menjadi isterinya itu adalah tanda yang boleh dilihat bahawa lelaki itu mencintai wanita itu....
alahaiiiiiii sweeettnnyyyaaaaaaaaa......nak jugak...tapi belum sampai seru lagi..huhuhuhu.

Friday, November 12, 2010

Cinta dan perkahwinan: dipilih dan memilih

salam untuk semua,

memandangkan semalam saya, ili dan ziera telah berdiskusi panjang di dalam kereta selepas pulang dari dinner bersama di MAEPS, so hari ini saya kongsikan sedikit cerita yang mungkin kita boleh jadikan teladan dalam perjalanan atau proses kita menjadi seorang dewasa..huhuhuhu sungguh berkias ni...ili dan ziera sila faham sendiri la yer...artikel ini di ambil dari website HALUAN...so check it out....selamat membaca...

p/s :bila saya membaca artikel ini, saya pun tertanya-tanya adakah saya sudah terlepas mendapatkannya??(mari menangis meraung bersama-sama)

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta.

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Guru: Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?

Pelajar itu menjawab: Sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya.

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.

Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Oleh: Prof Madya Dr Asmawati Desa

keranamu....

keranamu aku gundah gulana,
keranamu menjerit bagai di gua,
keranamu peluhku mengalir bagaikan air hujan,
keranamu kujejak di tanah merah,
keranamu terhenti nafasku seketika,
keranamu ku berlari bagaikan Siti Hajar di Safa dan Marwa
keranamu ku kelilingi TPM ini untuk mencarimu,
kerana kehilanganmu hariku ini sangat menyeksa jiwa
dari pagi hingga ke petang kutunggu kepulanganmu
pulangkanlah PE TANK itu padaku..

salam untuk semua,

hari paling hectic sebab terkejar-kejar dengan semua benda.dengan meeting,dengan exhibition,dengan traffic jam dan hujan...waaa sangat menyeksa jiwa..dan paling membengangkan adalah PE TANK yang company order dihantar ditempat yang salah....waaaa.sangat bengang..dah la hari ni hari jumaat,so pakailah ala-ala perempuan sikit...berlari sana sini mencari PE TANK tu.mahu xrimas..Ya Allah tuhan saja yang tau...kerja saya hanya menerima tank itu dari penjual tapi kerja saya bertambah gara-gara salah hantar..bukan susah sangat pun...saya dah bagi direction dengan betul apalagi lah yang dia tak faham...haila...hailaa...penat tau mak nyaahhhh....

kepada penjual itu,jangan buat macam ini lagi......dari saya xtahu berapa banyak company dalam TPM ini, dah jadi tahu sekarang gara-gara mencari PE TANK punya pasal.hisshhhh.... jumpa lagi...


*post lepas geram*

Thursday, November 11, 2010

microteaching at Kolej Mara Banting

salam untuk semua

minggu ni adalah minggu yang paling sibuk sebab saya menghadapi exam subjek biologi tingkatan 4.wuwuwu ....mari..mari...kita kembali ke alam umur 16 tahun..hahaha...apahal la aini nak kembali ke zaman persekolahan...well.well..well...rasanya bukan saya sahaja yang sibuk mengulangkaji untuk matapelajaran biologi tingkatan 4...mungkin rakan-rakan seangkatan yang bakal berhadapan dengan micro teaching pada minggu ini sibuk menelaah matapelajaran ini..bukan matapelajaran ini sahaja...banyak lagi subjek yang bakal diajar tetapi memandangkan saya dalam bidang biologi so cerita la pasal subjek biologi...nak suruh i ajar subjek ekonomi alamat lingkup markah students. ekonomi sendiri tak terjaga inikan pula nak mengajar orang tentang ekonomi...ekonomi rumah tangga i boleh hehehehe...(perasan sungguh aini ni.)

Oh aini dulu kau berdegaq-degaq kata engkau bukan jiwa pendidik tapi apasal hari ini kau nak pergi mengajar orang pulak??? T_T..(menangis x berlagu). Ya saya aini mengaku bersalah kerana pada satu ketika telah mengatakan bahawa saya bukan pendidik,walaubagaimanapun sedikit demi sedikit masa berlalu telah mengubah jati diri dan pandangan saya terhadap profesion sebagai guru..sebab yang paling utama adalah guru ada hari special iaitu Hari Guru tidak seperti kerja yang saya buat sekarang..Hari penyelidik... tak ke pelik??Ok sebab yang boleh dibuang masuk dalam longkang..

well, bukan kerana saya tidak ada kerja sebab itu saya apply menjadi seorang guru tetapi ada beberapa sebab tertentu yang menjadikan saya terfikir untuk ke arah itu..Sebab yang banyak mendorong adalah ibubapa huhuhu...(sila nyanyi lagu ayah dan ibu).saya tidak ada masa untuk ibubapa saya sejak bekerja...sedih tau...sob.sob.sob..(hembus hingus dengan kuat...srottttt..srotttttttttt) Apa kau ingat dengan menjadi guru kau ada masa dengan parents? ye memang tidak tiap-tiap hari tetapi cuti sekolah ada dannnnnnn kerjaya guru ini ada banyak cuti...so boleh buat aktiviti family...kan..kan..kan..?

sebab yag kedua, keadaan budak-budak sekarang...kalau di dalam televisyen macam- macam cerita...dan saya sebagai seorang muslim dan seagama dengan mereka sedih bila generasi di bawah saya seperti itu...mengetahui lebih banyak ilmu yang tidak sepatutnya dan tidak setaraf dengan umur mereka...(Bukan i nak kata i baik sangat tetapi kita bersaudara sanggup ke kita tengok mereka-mereka ini memusnahkan hidup mereka sendiri..lebih berkiblatkan cara hidup barat sedangkan sepatutnya mereka berbangga dengan adat ketimuran yang lebih bertamadun dan meletakkan mereka bermaruah) nampaknya seperti mahu lari dari topik.... u-turn...u-turn....ceh macam bawa kereta pulak..

sebab yang ketiga, kesedaran diri sendiri dan fitrah seorang perempuan...ececeh......i'm a ordinary woman...not the extraordinary so dont expect from me something that i cant do and melawan fitrah seorang perempuan.Sekarang ni semua perempuan nak hak yang sama rata dengan lelaki..apa sahaja lelaki nak buat perempuan pun nak buat...but i wont.sebab hak i sebagai seorang perempuan adalah lagi banyak keistimewaan dari hak lelaki...percayalah...cerita pasal hak dan kstimewaan ni nanti kita cerita di lain post.i bukan nak condemn kaum sendiri ya...tapi i menghargai tau....

since i dah melalut banyak sangat, cerita nak gi exam ni macam dah tenggelam...hahaha
kalau nak cerita pasal experience semasa microteaching memang scary giler. dua hari macam zombie memerah otak untuk microteaching ni berbagai-bagai report kerja yang perlu dihantar....sangat tidak terurus dan masa makan dan tidur semua tonggang terbalik..wawawa...tetapi bila semua ini sudah berakhir...saya memang bahagia....ringan rasa beban..well, since microteaching tu dekat kolej Mara Banting so xkisah sangatlah pasal masa..kerana ia sangat dekat dengan tempat tinggal...hahahaha masa sampai tu dalam pukul 8.30 pg..ceh ingatkan yang terawal sebab microteaching tu mula pukul 9..tup tup orang yang ke 23...adehhh..semangat betul diorang ni nak jadi cikgu.Kami diberi masa selama 15 minit untuk mengajar dan demo eksperimen.wuwuwu....owh rasa bagai kan duniaku sudah berakhir sebab xcukup masa...membebel depan observer tu macam bertih jagung tapi tak tahu la diorang faham atau tidak....well tak tahulah berkesempatan atau tidak untuk melalui stage yang ke3 kerana saingan yang sangat sengit.huhuhu...ada rezeki alhamdulillah. kalau tidak ada, ambil ia sebagai satu pengalaman..
so panduan kepada sesiapa yang nak memohon untuk menjadi guru atau lecturer Mara atau menghadapi microteaching.
  1. be prepared, make sure every single thing you have to know.. anggap diri anda sebagai komputer yang ada internet bergerak
  2. berdasarkan pengalaman di observe, mereka tidak mahu cikgu yang terlalu high tech..bukan nak yang ortodoks sangat juga tetapi yang sedang-sedang sahaja...so at least korang tulis-tulis la sedikit kat white board tu.jangan harapkan sangat slide je.
  3. korang perlu ingat eksperimen yang korang buat semasa korang belajar kat sekolah menengah. Bagi subjek sains, korang kena expert dalam menghandle alatan-alatan di dalam lab.
  4. suara mesti kuat.kalau bole satu blok bole dengar.(itu bapak ai yang cakap) Bagi perempuan jangan keluarkan suara -suara manja...observer memang menyampah.lagi jangan keluarkan suara yang teragak-agak.aaaaaa...eh....hmmmmm dan lain-lain bunyi...
  5. sila buat muka selamba,dan relaks.jangan mengelabah bila handle eksperimen.buat muka confident walapun jantung anda bagaikan direbus untuk dibuat ulam.
  6. tepatilah masa yang diberikan.
  7. put your best effort on microteaching.do some homework, prepared detail information, selawat dan berdoalah untuk kejayaan anda.

so, harap sedikit tip dan pengalaman yang secebis ini dapat membantu..jumpa lagi


suasana di dalam kolej MARA Banting


antara candidate yang datang


lagi candidates..semuanya hebat-hebat belaka dan berbakat untuk menjadi guru


oleh disebabkan kekurangan maklumat i curi ambil gambar kat kedai buku..hohoho

(sila jangan ikut perangai buruk saya ni)

p/s: doakan kejayaan saya...terima kasih...

Sunday, November 7, 2010

Drama di waktu malam

Salam semua..hehehehe tetibe terajin pulak mengupdate blog.caya la.kalo x blog ko ni dah macam tempat spider buat rumah tau aini....bersawang-sawang.hahahaha nampak x sawang yang sy dah tebas.wuwuwu.ok back to story. korang biasa tak tengok cekikrama ?ala yang tiap hari sabtu siarannya.... di TV3 (sila baca dengan nada lagu tv3)..semalam punyer cerita adalah Aku Bukan Andalusia lakonan Fahrin Ahmad tu....ececeh aini....F.A punyer scene yang xsampai 5 minit tu ko hengat...tp Erma Fatima punyer scene yang berjam-jam tu ko xpandang. haila haila..aeceli..lakonan Erma Fatima dan Datuk Rahim Razali....itu watak utamanya ...F.A hanya watak sampingan jer.... T_T.

berkisarkan kisah seorang wanita yang berkaliber iaitu seorang peguam yer....aik ader persamaan ngan F.A..hmm semua benda ko nak kaitkan ngan F.A. (nak jugak nak jugak sambil menghentak kaki).Nama dia Rosa....Rosalinda ayam moi (tetibe teringat telenovela Rosalinda)........I tipu..nama dia bukan Rosalinda ayam moi...Rosaliza namanya. Da masih x berkahwin lagi walaupun umonya sudah masuk 30 an...ye ker??hmmm sy xtgk dr mula sebab sibuk mengemas bilik yang mcm kapal karam pcah terbarai.. i rimas u...sbb tu bru mengemas....not kapal kak lai yer...kapal kak lai, dia kemas sendiri...(kapal tu nama manja fiancee kak lai) manja la konon.....amponnnnn kak lai...jangan belasah saya bila balik umah nti.....ok aini sila jangan merapu meraban jauh sangat dari topik yer....continue story..i celam celup jer tgk cerita ni disebabkan kebizian sy tu....tp part si Rosa jumper dgn soul mate dia di Jabal Rahmah i tgk....huhuhuhu sooooo sweeet.betul la...Jabal Rahmah tu tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah dikeluarkan dr syurga...si Rosa ni g umrah untuk menenteramkan hatinya setelah diurat oleh Encik Taufik.... (eh ade ek perkataan diurat dalam kamus?mati aku DBP baca nanti dikata perosak bahasa,hahahaha cik aini perasan blog dia femes sgt) disitu jugak dia berdoa untuk berjumpa dengan jodohnya yang tertulis di azali lagi.....bukan Azali TNC i dulu.......... si Rosa ni mmg gedik gatai kena miang buluh bila jumper ex-cikgu dia a.k.a her soulmate M.Nasir lakonan Datuk Rahim Razali.menyampah i tgk scene tu...habis ditarik tudung mak dia.....haila..haila..

ok cut the story......they fell in love again setelah putik -putik cinta yang dulu telah dicantas dan diracun dengan racun serangga oleh ayah si Rosa ni....pergh bila tgk si Rosa masa muda-muda...mmg btul2 70an-80an punyer org...punyer la nak cari yang muka serupa macam Erma Fatima...terbaekkkk.masa diorang fell in love ni la tetibe telinga sy ni terngiang-ngiang lagu itulah sayang dendangan P.Ramlee dengan Noor Madiah dulu....ke mmg ada dalam drama...i pon xpasti....itu lagu feveret saya...even xwujud lagi sy masa tu... tp mmg giler suker...wuwuwuwu nak dengar....jap eh....cube tgk kat bwh tu...



time lagu ni terngiang-ngiannnnnnnnggg di telinga waktu si Rosa tu berangan-angan diatas katil...alahai.....syahdu sungguhhhhh. i pon terikut -ikuttt berangan...ceh..

by the way, i suker cinta org matang ni......sgt santai and relax...xgelojoh macam org muda2 asyik2 nak jumpa, asyik2 nak calling2, asyik2 nak sms...uihhhh rimas u... tp bukan bermakna i suker org tua okay....so end of the story diorang pon berkahwin....wuwuwuwu gown kaler putih tu.....paling sporting anak M.Nasir ni .....caya la...bukan senang anak nk bagi ayah kawin lain...ok the end....jumpee lagi tatatata........~~~~~~

Saturday, November 6, 2010

Broga hill with love

Salam kepada semua dan tak lupa kepada yang menyambut Deepavali, Happy Deepavali especially my Indian friends and my colleagues, Siva, Parkavi and my gossip girl Shal (bukan nama sebenar) :p.
So, since I have a weird shift for working, I got my leave before Deepavali. Its look like i'm going to celebrate the Deepavali,while my Indian's friend have to work the day before her celebration..wuwuwu....nevermind she already going to India on the Deepavali's day.She chose to celebrate with her friends and her lovey dozy.....More weird..hahahaha and now i'm working till 6pm..phewww.(alamak kantoi...menulis blog time keje)sori bos i'll make it up later.bosan sgt menunggu medium.

so this post is actually to story about what i have been doing on the Deepavali's day.yessssss....i 'm climbing again!!!this time, Broga Hill. ala Broga hill tempat SMS wat pre-wedding photoshoot tu...kalo xtau sila google sendiri. sebelum sambung cerita saya nak mintak ampun dan mahaap kepada bondaku kerana anakandamu ini telah melanggar titah perintah, amanat,arahan,order dan wasiat yang telah diberikan kepadaku agar tidak buat lagi aktiviti daki mendaki ni...ini adalah gara-gara ibu yang risaukan kaki anaknya terseliuh lagi..ampun mak...sila salahkan ili dan ziera mak sebab diaorang yang ajak saya...hehehehe gurauan semata-mata..peace ili and ziera!!

ok kiter sambung cerita seterusnya, all of us should be ready at 3.30 am but terlajak tido dan akhirnya bangun pukul 4.00 am gara-gara tido pukul 2.00 am..excited punya pasal sampai x bole nak tido.pada mulanya, semangat juang dah kian luntur sebab terbangun lambat tetapi bila ili sudah menyanyi lagu semangat yang hilang nyanyian xpdc itu kami terus bangkit mandi and prepare untuk bertolak ke Broga Hill.ok I TIPU.ili xnyanyi pun..dia hanya menjerit "wei korang, bangun la dah pukul 4.00 ni, cepat siap!"kitaorang pon aper lagi berkawad beratur menuju ke bilik air untuk bersihkan diri.pukul 4.30 am kitorang dah berdesup menuju ke Broga Hill.Broga Hill, here we are come.Kitorang tu adalah:

si pencerita



ili, the organizer



kak lai, the camerawoman



ziera, the chef



hani,driver yang comel




ain, model ala2 Paris Hilton



ok sudah berkenalan dengan team xviti ni..kita sambung cerita lagi.kitorang lansung xtau jalan ke Broga Hill tu but ili kata dia pernah nampak sighnboard Broga..so kitorang pon berjalan tanpa tahu jalan yang betul..yea..yea kitorang tahu Broga tu kat Semenyih tp the exactly road tu kita xtau..so main tibai jer jalan di hening hening pagi itu.oleh kerana kitorang xtau jalan kami telah beberapa kali sesat.dan paling sadisnya kami telah melakukan u-turn berkali kali dan akhirnya salah jugak...cis cis...ni pon gara2 kitorang tgk byk kereta beratur panjang nak masuk ladang kelapa sawit tu..tp ghupe-ghupenya mereka-mereka itu pon sesat jalan jugak...kih..kih..kih..ada jugak yang senasib dengan kitorang.mmg pon nak masuk Broga Hill tu kena lalu ladang kelapa sawit..tp xkan la nmpak jer jalan masuk ladang teruih nak masuk.setelah bersesat akhirnya kami sampai ke Broga Hill. masa sampai tu fuiyoooo........ramai giler orang macam kat One Utama. perghh..xsangka seramai tu...sampaikan nak mendaki tu pon kena beratur macam nak bayar kat kaunter shopping complex..byg kan ramai giler smpai mcm tu sekali..pukul 5.50 am kitorang sampai, 6.00 am kitorang dh mula mendaki...dengan bantuan sebiji touch light dynamo yang bunyinya memecahkan kesunyian sepanjang pendakian akhirnya sampai dalam pukul 6.50 am..sekejap jer kan..sebab Broga Hill tu xder la tgi mana tp keistimewaannya adalah dapat tgk sunrise yang cantek sekali....


cik matahari belum nak muncul lg..dia nak mai cak cak eh..


tgk tu dh terang sket.....



its coming.......


chakkkk! tu pon dia..mentari muncul lagi....Subhanallah

Kat atas bukit tu kitorang melepak sambil tgk sunrise yang sangat cantek.....di sebalik pergunungan dia muncul lagi menerangi alam semesta tanpa jemu-jemu...

Kat Broga Hill ni ader 4 peak tp kitorang gi sampai yang ketiga jer sebab yang paling tinggi paling ramai orang dan ya ampunnnn..... sangat sesak...kami tak mau terbunuh terjun ke bawah gunung..yerp actually puncak yang paling tinggi tu adalah Gunung Tok Wan.
owh yer....kami bawa bekal tau... bekal nasi lemak yang dimasak oleh chef kitorang..hehehehehe...btuahkan kami..org lain bwak air jer tp kami bwak nasi lemak naik atas tu ...hahahaha.adalah yang bawak roti dan sbgnya.Bawak anak pon ader....hebat kan kanak-kanak kecik pon bole naik..

ok setelah posing segala bagai kami pon nak beransur pulang....tetibe kami terkejut tgk betapa curamnya nak turun...sampai kitorang terfikir betul ke jalan yg kitorang naik td...so kitorang pon apelagi....turun berpimpin tangan ala 'shall we dance' dan menapak mcm mak ketam bwak anak2 ketam brjalan pulang.ceh....sampai separuh jalan semua kepala lutut dah ketaq menahan tekanan.hahahahaha....kami sampai di bawah pada pukul 9.45 am...tgk tu agak lama jugak la kamidi atas...sepanjang kitorang turun pon still ader yang mendaki...betapa Broga Hill sangat ramai la peminatnya... i jelessss ok....

dan tetibe the organizer kiter ni nak sambung aktiviti lagi dengan membawa kitorang ke Sg Tekala pulak...fuiyoooo sehari suntuk kitorang beriadah....hahahaha...dan balik masing-masing gol..... sampai xigt dunia.mata pun kuyu jer.....nak melangkah masuk umah....


di kaki bukit




saranghae dr kami





love this picture....


chek Macaca sp. yg nak mengurat kami....

Begitulah cerita saya..btw.... thanks a lot to the team...lain kali kiter wat lg....next aktiviti nti cerita lagi... peace!!

Sunday, September 26, 2010

open house yang xberapa nak jadi.......

Jumaat lepas,company buat open house sempena hari raya dan meraikan juga 50 orang anak-anak yatim (anak-anak yang aku sayang). anak-anak ini berumur kira-kira 7 tahun hingga 12 tahun dan mereka ini comel-comel sekali..mula-mula agak takut bila diajak berbual tapi bila dah setengah jam, aku pulak yang xlarat nak melayan.macam-macam yang ditanya dan bagi kanak-kanak seperti mereka ini sangatlah aktif berlari kesana-sini..okeyh..mesti pelikkan kenapa diorang berlari di dalam majlis hari raya untuk mereka??? bukan diorang ni xreti duduk diam dan bersopan..tapi diorang tidak ada tempat sendiri.tempat duduk hanya memuatkan kira-kira 20 orang menyebabkan diorang xbetah nak duduk berhimpit-himpit. plus lagi klien-klien yang datang tu pon nak amik kira gak tmpat duduk diorang. ya..ya..ya..mungkin pihak penganjur xsedar atau pun diorang xpernah belajar perencanaan program masa kat u kot?that's why diorang x ada common sense n ambil tahu pasal tu semua.
one more thing, tempat yang diadakan open house tu pon x berapa sesuai.buat open house ditempat pameran 'barang-barang kaca yang mengeluarkan cahaya' dah tentulah menarik perhatian kanak-kanak yang baru mula nak belajar ini.

"kak, cantiknya"
"kak, mesti mahalkan?"
"kak, bagi kita satu bole x?"
"kak, ada x lampu warna-warni?"(opps, terlepas cakap)
macam-macam yang diorang tanya dan boys pulak berlari-lari sakan.

dan mula tuan bos,mengeluarkan arahan 'SILA JANGAN BERADA DI SEKITAR KAWASAN PAMERAN'.dan paling teruk sekali adalah aku diminta bertanggungjawab jika ada apa-apa yang pecah.wat the???

ok ak sangat geram dengan orang macam ini.even, ni company ni tempat aku cari makan ak memang sangat geram bila majlis dibuat sambil lewa..mungkin aku dah terbiasa dengan ada organisasi bila nak buat apa-apa program walaupun aku bukan la bagus sangat nak arrange majlis tapi aku tahu pasal protokol majlis.

kalau kau nak bawak kanak-kanak kecik dalam majlis buat la kat tempat yang bole diorang berlari-lari bagai nak rak macam padang bole ker bukan tempat pameran lampu.dah tu kalau pecah benda alah tu senang-senang aje nak salahkan orang lain.haila..haila..haila...

one point lagi dimana organisasi untuk menguruskan majlis tu??bila aku berdiri di tepi pintu greet org dtg dikata xder keje lain ker duduk tepi pintu?dihalau-halaunya aku suruh masuk.
diorang ni memang xpernah buat majlis kot?tahu x apakah itu usher?i cannot stand la dengan orang macam ni....

dan paling membuatkan aku hilang mood adalah seorang staff xkenal kami adalah pekerja di company tu.elo makcik, baru 2 minggu lepas kita berbuka bersama dah xingat siap duduk satu meja.you pekerja baru ,so jangan tunjuk you punya belang macam you pekerja lama.even kami di department yang terceruk di bukit jalil tu ,tapi department tu yang bagi u all duit tau.kalo research xjadi jangan harap u dapat gaji.mana nak cekau duit kalo geran xdpt.so watch out your mouth!this time kami maafkan.

hohohoho......jadi sesi luahan hati pulak kat sini...tapi open house ni mengajar banyak benda...semua yang tidak baik itu perlu selalu jadikan sempadan dan pengajaran agar lain kali aku dapat memperbetulkan keadaan ini sedikit demi sedikit.aku bukan lah sempurna, tetapi tidak salah kita menuju kepada kesempurnaan.

yerp, berbalik kepada anak-anak yang aku sayangi,sorry yer sayang xdapat nak peluk cium semua.hanya beberapa yang sempat ditangkap.hehehehe...Insya Allah kita jumpa lagi.Semoga Allah sentiasa melindungi kamu semua.akak sayang kamu...



Tuesday, September 21, 2010

A love letter from Allah


You will be happy that you read this all the way through.

As you got up this morning, I watched you, and hoped you would talk to me, even if it was just a few words, asking my opinion or thanking me for something good that happened in your life yesterday. But I noticed you were too busy, trying to find the right outfit to wear.

When you ran around the house getting ready, I knew there would be a few minutes for you to stop and say hello, but you were too busy. At one point you had to wait, fifteen minutes with nothing to do except sit in a chair. Then I saw you spring to your feet. I thought you wanted to talk to me, but you ran to the phone and called a friend to get the latest gossip instead. I watched patiently all day long. With all your activities I guess you w ere too busy to say anything to me.

I noticed that before lunch you looked around, may be you felt embarrassed to talk to me, that is why you didn't bow your head. You glanced three or four tables o! ver and you noticed some of your friends talking to me briefly before they ate, but you didn't. That's okay. There is still more time left, and I hope that you will talk to me yet. You went home and it seems as if you had lots of things to do. After a few of them were done, you turned on the TV. I don't know if you like TV or not, just about anything goes there and you spend lot of time each day in front of it not thinking about anything, just enjoying the show. I waited patiently again as you watched the TV and ate your meal, but again you didn't talk to me.

Bedtime I guess you felt too tired. After you said good night to your family you popped into bed and fell asleep in no time. That's okay because you may not realize that I am always there for you. I've got patience, more than you will ever know. I even want to teach you how to be patient with others as well.

I love you so much that I wait everyday for a nod, prayer or thought or a thankful part of your heart. It is hard to have a one-sided conversation. Well, you are getting up once again. And once again I will wait, with nothing but love for you. Hoping that today you will give me some time. Have a nice day!

Your friend, ALLAH


*Allah sentiasa menharapkan kita sentiasa bercinta dengannya hanya kita yang enggan mendekatinya..(adehhh terkena kat diri sendiri)

*huhuhuhu....insaf dan sayu dihati ni bila fikir kealpaan diri ini....

article ni d c&p untuk bacaan bersama.semoga kita mengambil iktibar n pengajaran.

http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/194-a-love-letter-from-allah.html


surat untuk sahabat


kepada sahabatku yang dikasihi,

untuk pertama kali aku memohon seribu kemaafan atas ketelanjuran lidah ini menutur janji hingga akhirnya aku sendiri tidak dapat menepati janji itu. ampunkan diri ini kerana aku telah menunjukkan akhlak sebagai muslim yang tidak elok iaitu memungkiri janji. memungkiri adalah salah satu sifat orang munafik.


sabda Rasulullah SAW:"Tanda orang munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat।" (HR. Bukhari Muslim)



aku tidak sengaja melakukan perkara itu, sesungguhnya tidak terlintas dihati untuk melanggar janji.. Niat aku meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu tidak pernah padam tetapi fahamilah sesungguhnya aku ada komitmen dan tanggungjawab yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.Aku tidak boleh mementingkan diri sendiri.Aku pasti kau akan membina segala macam alasan untuk itu tapi percayalah InsyaAllah aku pasti akan ke arah itu jika diizinkan Allah.aku harap sahabatku, kau memahami keadaan aku...


yang mengharapkan pengertian darimu,
empunya blog



*to nic: so sorry, i mmg byk komitmen dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan hingga xsempat untuk siapkan proposal yang u nak.i perlu fikir byk benda tentang family i sebelum i decide untuk continue study.even i xcontinue, i still learning tentang algae n many things.i akan cuba siapkan proposal tu.(kalo buku-buku lain xkacau suruh baca dia dulu sebelum baca buku algae...)

Saturday, August 21, 2010

konflik diri


Salam..

Hari ke 11 umat Islam berpuasa dan fasa kedua telah bermula. Diri ini sedang mengalami mood kemalasan,kemurungan dan kebosanan akibat daripada melakukan rutin harian yang sama.'Apa nak jadi dengan ko ni Aini?'suara dalam diri sendiri.Kekeliruan,kecelaruan dan bingung untuk memilih jalan hidup..Yerp...ini ujian dari Allah untuk bulan Ramadhan tahun ini..bagaimana nak keluar dari kepompong kemalasan dan kebosanan diri yang sudah sebati disekeliling diri ini.

Setiap hari banyak benda perlu difikirkan.tuntutan hidup yang menekan dari depan, belakang, kiri ,kanan,atas dan bawah menyebabkan aku xtahu yang mana satu harus didahulukan.ya,secara fakta,senang untuk kita berkata2 tapi untuk melaksanakan sangat susah..ya aku sedang mengalami keadaan ini.Masalah dalam diri sendiri yang xtahu untuk dijawab bagaimana. T_T.




Ya Allah bantulah hamba-Mu ini.

Adakah aku sudah memilih jalan yang tepat??Bolehkah aku berpatah balik setelah aku memilih jalan ini?? Confuse???




Friday, August 13, 2010

Marhaban Ya Ramadhan!

Selamat datang Ramadhan yang dinanti dan Salam Ramadhan untuk semua..

Tiga hari sudah berlalu.masa berlalu terlalu pantas..

masih belum berkesempatan berbuka bersama keluarga di Johor.

Ramadhan kali nie adalah ramadhan kedua bersama gadis-gadis 3491...

Gadis-gadis 3491 sudah bertukar ganti...mana tau ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kami semua di rumah bujang terutama yang bakal ada komitmen selepas ini...(ehem..ehem...Kak Manot,sori naa..)

So azam ramadhan kali ni nak menjalani ramadhan yang lagi baik daripada dulu....

Dulu pi terawih kat masjid UPM, skang surau kat belakang umah...dulu kat Masjid UPM ada gak terponteng terawih....tapi Insya Allah kali ni cuba xponteng lagi..
.
Dulu balik pukul 4.30 ptg skang balik pukul 5.00 ptg..

Dulu budak2 lagi sedih buka sorang-sorang, ramadhan kali ni ikat kontrak dgn housemate buka sama-sama selama sebulan.hehehe

Dulu xdapat khatam Al-Quran, Insya Allah kali ni mesti khatamkan...

Dulu banyak membazir beli kat bazaar,kali ni nak try masak kat umah..jd co-chef pon ok gak (betul x cik jah?)

Banyak benda yang perlu diperbetulkan.

Mungkin Ramadhan boleh menjadi titik mula segala perubahan diri...

Insya AllAH..



Sunday, May 16, 2010

new environment..

Almost 2 month already, I worked at TPM. Hopefully, my pain will recover before i'm back. I never regrets what i'm doing now but sometimes I missed my old lab.
Even its old but it complete with the equipments.I'm free to do new research without limited materials. I learn new things and I wish I can work there again.-this is my hope.

post ni actually dah lama diperam dalam draft. dan setelah didesak beberapa kali oleh pijah supaya meng-update blog yang dah lama bersawang.

selama berada di tempat baru nie,yeah i'm freshing with this new lab.dont want to comment so much,i have to be patient and calm person.kena sentiasa redha dengan apa yang ada.sometimes,terasa diri ni sangat jahat bila ader jer yang xpuas hati. semua benda xkena. semua benda xbetul..haila....i have to change myself to be a better person.










Wednesday, April 28, 2010

realiti hidup ini

Realiti hidup ini penuh dgn kekejaman,

realiti hidup ini penuh kepalsuan,

realiti hidup ini penuh kepura-puraan,

realiti hidup ini penuh kesengsaraan,

realiti hidup ini penuh kehinaan,

namun sedarlah diriku....

laluilah realiti hidup ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

laluilah hidup ini dengan kejujuran,

laluilah hidup ini dengan kegembiraan,

laluilah hidup ini dengan penuh kasih sayang,

laluilah hidup ini dengan rasa sifat tawadhuk.

Insya ALLAH kebenaran akan mengalahkan kebatilan..

Wednesday, January 13, 2010

i'm happy for you...

kadang-kadang kita rasa bila dia bersama kita, dia akan bahagia,tapi kita tersilap.dia akan lebih bahagia bersama orang lain..melihat kebahagiaan orang yang kita sayangi di samping orang lain adalah lebih membahagiakan jika dia bersama kita tapi dia tidak bahagia.yah...i'm happy for you.i'm not regret anymore...please smile and happy for me.