Thursday, November 11, 2010

microteaching at Kolej Mara Banting

salam untuk semua

minggu ni adalah minggu yang paling sibuk sebab saya menghadapi exam subjek biologi tingkatan 4.wuwuwu ....mari..mari...kita kembali ke alam umur 16 tahun..hahaha...apahal la aini nak kembali ke zaman persekolahan...well.well..well...rasanya bukan saya sahaja yang sibuk mengulangkaji untuk matapelajaran biologi tingkatan 4...mungkin rakan-rakan seangkatan yang bakal berhadapan dengan micro teaching pada minggu ini sibuk menelaah matapelajaran ini..bukan matapelajaran ini sahaja...banyak lagi subjek yang bakal diajar tetapi memandangkan saya dalam bidang biologi so cerita la pasal subjek biologi...nak suruh i ajar subjek ekonomi alamat lingkup markah students. ekonomi sendiri tak terjaga inikan pula nak mengajar orang tentang ekonomi...ekonomi rumah tangga i boleh hehehehe...(perasan sungguh aini ni.)

Oh aini dulu kau berdegaq-degaq kata engkau bukan jiwa pendidik tapi apasal hari ini kau nak pergi mengajar orang pulak??? T_T..(menangis x berlagu). Ya saya aini mengaku bersalah kerana pada satu ketika telah mengatakan bahawa saya bukan pendidik,walaubagaimanapun sedikit demi sedikit masa berlalu telah mengubah jati diri dan pandangan saya terhadap profesion sebagai guru..sebab yang paling utama adalah guru ada hari special iaitu Hari Guru tidak seperti kerja yang saya buat sekarang..Hari penyelidik... tak ke pelik??Ok sebab yang boleh dibuang masuk dalam longkang..

well, bukan kerana saya tidak ada kerja sebab itu saya apply menjadi seorang guru tetapi ada beberapa sebab tertentu yang menjadikan saya terfikir untuk ke arah itu..Sebab yang banyak mendorong adalah ibubapa huhuhu...(sila nyanyi lagu ayah dan ibu).saya tidak ada masa untuk ibubapa saya sejak bekerja...sedih tau...sob.sob.sob..(hembus hingus dengan kuat...srottttt..srotttttttttt) Apa kau ingat dengan menjadi guru kau ada masa dengan parents? ye memang tidak tiap-tiap hari tetapi cuti sekolah ada dannnnnnn kerjaya guru ini ada banyak cuti...so boleh buat aktiviti family...kan..kan..kan..?

sebab yag kedua, keadaan budak-budak sekarang...kalau di dalam televisyen macam- macam cerita...dan saya sebagai seorang muslim dan seagama dengan mereka sedih bila generasi di bawah saya seperti itu...mengetahui lebih banyak ilmu yang tidak sepatutnya dan tidak setaraf dengan umur mereka...(Bukan i nak kata i baik sangat tetapi kita bersaudara sanggup ke kita tengok mereka-mereka ini memusnahkan hidup mereka sendiri..lebih berkiblatkan cara hidup barat sedangkan sepatutnya mereka berbangga dengan adat ketimuran yang lebih bertamadun dan meletakkan mereka bermaruah) nampaknya seperti mahu lari dari topik.... u-turn...u-turn....ceh macam bawa kereta pulak..

sebab yang ketiga, kesedaran diri sendiri dan fitrah seorang perempuan...ececeh......i'm a ordinary woman...not the extraordinary so dont expect from me something that i cant do and melawan fitrah seorang perempuan.Sekarang ni semua perempuan nak hak yang sama rata dengan lelaki..apa sahaja lelaki nak buat perempuan pun nak buat...but i wont.sebab hak i sebagai seorang perempuan adalah lagi banyak keistimewaan dari hak lelaki...percayalah...cerita pasal hak dan kstimewaan ni nanti kita cerita di lain post.i bukan nak condemn kaum sendiri ya...tapi i menghargai tau....

since i dah melalut banyak sangat, cerita nak gi exam ni macam dah tenggelam...hahaha
kalau nak cerita pasal experience semasa microteaching memang scary giler. dua hari macam zombie memerah otak untuk microteaching ni berbagai-bagai report kerja yang perlu dihantar....sangat tidak terurus dan masa makan dan tidur semua tonggang terbalik..wawawa...tetapi bila semua ini sudah berakhir...saya memang bahagia....ringan rasa beban..well, since microteaching tu dekat kolej Mara Banting so xkisah sangatlah pasal masa..kerana ia sangat dekat dengan tempat tinggal...hahahaha masa sampai tu dalam pukul 8.30 pg..ceh ingatkan yang terawal sebab microteaching tu mula pukul 9..tup tup orang yang ke 23...adehhh..semangat betul diorang ni nak jadi cikgu.Kami diberi masa selama 15 minit untuk mengajar dan demo eksperimen.wuwuwu....owh rasa bagai kan duniaku sudah berakhir sebab xcukup masa...membebel depan observer tu macam bertih jagung tapi tak tahu la diorang faham atau tidak....well tak tahulah berkesempatan atau tidak untuk melalui stage yang ke3 kerana saingan yang sangat sengit.huhuhu...ada rezeki alhamdulillah. kalau tidak ada, ambil ia sebagai satu pengalaman..
so panduan kepada sesiapa yang nak memohon untuk menjadi guru atau lecturer Mara atau menghadapi microteaching.
  1. be prepared, make sure every single thing you have to know.. anggap diri anda sebagai komputer yang ada internet bergerak
  2. berdasarkan pengalaman di observe, mereka tidak mahu cikgu yang terlalu high tech..bukan nak yang ortodoks sangat juga tetapi yang sedang-sedang sahaja...so at least korang tulis-tulis la sedikit kat white board tu.jangan harapkan sangat slide je.
  3. korang perlu ingat eksperimen yang korang buat semasa korang belajar kat sekolah menengah. Bagi subjek sains, korang kena expert dalam menghandle alatan-alatan di dalam lab.
  4. suara mesti kuat.kalau bole satu blok bole dengar.(itu bapak ai yang cakap) Bagi perempuan jangan keluarkan suara -suara manja...observer memang menyampah.lagi jangan keluarkan suara yang teragak-agak.aaaaaa...eh....hmmmmm dan lain-lain bunyi...
  5. sila buat muka selamba,dan relaks.jangan mengelabah bila handle eksperimen.buat muka confident walapun jantung anda bagaikan direbus untuk dibuat ulam.
  6. tepatilah masa yang diberikan.
  7. put your best effort on microteaching.do some homework, prepared detail information, selawat dan berdoalah untuk kejayaan anda.

so, harap sedikit tip dan pengalaman yang secebis ini dapat membantu..jumpa lagi


suasana di dalam kolej MARA Banting


antara candidate yang datang


lagi candidates..semuanya hebat-hebat belaka dan berbakat untuk menjadi guru


oleh disebabkan kekurangan maklumat i curi ambil gambar kat kedai buku..hohoho

(sila jangan ikut perangai buruk saya ni)

p/s: doakan kejayaan saya...terima kasih...

No comments:

Post a Comment