Sunday, September 26, 2010

open house yang xberapa nak jadi.......

Jumaat lepas,company buat open house sempena hari raya dan meraikan juga 50 orang anak-anak yatim (anak-anak yang aku sayang). anak-anak ini berumur kira-kira 7 tahun hingga 12 tahun dan mereka ini comel-comel sekali..mula-mula agak takut bila diajak berbual tapi bila dah setengah jam, aku pulak yang xlarat nak melayan.macam-macam yang ditanya dan bagi kanak-kanak seperti mereka ini sangatlah aktif berlari kesana-sini..okeyh..mesti pelikkan kenapa diorang berlari di dalam majlis hari raya untuk mereka??? bukan diorang ni xreti duduk diam dan bersopan..tapi diorang tidak ada tempat sendiri.tempat duduk hanya memuatkan kira-kira 20 orang menyebabkan diorang xbetah nak duduk berhimpit-himpit. plus lagi klien-klien yang datang tu pon nak amik kira gak tmpat duduk diorang. ya..ya..ya..mungkin pihak penganjur xsedar atau pun diorang xpernah belajar perencanaan program masa kat u kot?that's why diorang x ada common sense n ambil tahu pasal tu semua.
one more thing, tempat yang diadakan open house tu pon x berapa sesuai.buat open house ditempat pameran 'barang-barang kaca yang mengeluarkan cahaya' dah tentulah menarik perhatian kanak-kanak yang baru mula nak belajar ini.

"kak, cantiknya"
"kak, mesti mahalkan?"
"kak, bagi kita satu bole x?"
"kak, ada x lampu warna-warni?"(opps, terlepas cakap)
macam-macam yang diorang tanya dan boys pulak berlari-lari sakan.

dan mula tuan bos,mengeluarkan arahan 'SILA JANGAN BERADA DI SEKITAR KAWASAN PAMERAN'.dan paling teruk sekali adalah aku diminta bertanggungjawab jika ada apa-apa yang pecah.wat the???

ok ak sangat geram dengan orang macam ini.even, ni company ni tempat aku cari makan ak memang sangat geram bila majlis dibuat sambil lewa..mungkin aku dah terbiasa dengan ada organisasi bila nak buat apa-apa program walaupun aku bukan la bagus sangat nak arrange majlis tapi aku tahu pasal protokol majlis.

kalau kau nak bawak kanak-kanak kecik dalam majlis buat la kat tempat yang bole diorang berlari-lari bagai nak rak macam padang bole ker bukan tempat pameran lampu.dah tu kalau pecah benda alah tu senang-senang aje nak salahkan orang lain.haila..haila..haila...

one point lagi dimana organisasi untuk menguruskan majlis tu??bila aku berdiri di tepi pintu greet org dtg dikata xder keje lain ker duduk tepi pintu?dihalau-halaunya aku suruh masuk.
diorang ni memang xpernah buat majlis kot?tahu x apakah itu usher?i cannot stand la dengan orang macam ni....

dan paling membuatkan aku hilang mood adalah seorang staff xkenal kami adalah pekerja di company tu.elo makcik, baru 2 minggu lepas kita berbuka bersama dah xingat siap duduk satu meja.you pekerja baru ,so jangan tunjuk you punya belang macam you pekerja lama.even kami di department yang terceruk di bukit jalil tu ,tapi department tu yang bagi u all duit tau.kalo research xjadi jangan harap u dapat gaji.mana nak cekau duit kalo geran xdpt.so watch out your mouth!this time kami maafkan.

hohohoho......jadi sesi luahan hati pulak kat sini...tapi open house ni mengajar banyak benda...semua yang tidak baik itu perlu selalu jadikan sempadan dan pengajaran agar lain kali aku dapat memperbetulkan keadaan ini sedikit demi sedikit.aku bukan lah sempurna, tetapi tidak salah kita menuju kepada kesempurnaan.

yerp, berbalik kepada anak-anak yang aku sayangi,sorry yer sayang xdapat nak peluk cium semua.hanya beberapa yang sempat ditangkap.hehehehe...Insya Allah kita jumpa lagi.Semoga Allah sentiasa melindungi kamu semua.akak sayang kamu...



No comments:

Post a Comment