Tuesday, October 13, 2009

Yang pergi tidak kembali

Hari ni aini dikhabarkan dengan berita sedih yang mengatakan bapa kepada salah seorang housemate kami telah kembali ke rahmatullah.semoga rohnya dicucuri rahmat.yang pergi takkan kembali.takziah untuk Laila binti Noh.untuk Laila tabahkanlah diri anda untuk yang tersayang.redhalah pemergiannya.....

ayah kepada housemateku


dikhabarkan juga bapanya meninggal kerana serangan strok untuk kali kedua.sepertimana yang kita tahu strok ini bukanlah satu penyakit yang bukan boleh dibawa main-main.Ia amat merbahaya dan boleh merosakkan sebahagian otak kita dan boleh membawa maut jika tidak diuruskan dengan betul. kajian juga mengatakan strok adalah punca kematian yang ketiga terbesar di Malaysia.

disini diselitkan serba sedikit berkaitan dengan strok bagaimana strok boleh berlaku:

Apakah strok?


Fungsi-fungsi otak.

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.


Serangan Iskemia Sementara (TIA)

Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.

Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.

TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.

sumber: http://www.nasam.org/bahasa/pencegahan-apa-itu-strok.php

p/s: semoga rohnya dicucuri rahmat...al-fatihah

No comments:

Post a Comment